Tuesday, September 17, 2024

Post bisnes 3 : Mengukuhkan pengetahuan produk

Untuk menjalankan bisnes Young Living (atau apa-apa bisnes pun), pengetahuan tentang produk syarikat adalah penting. Post kali ini kita akan meneroka faedah dan cara penggunaan essential oils dan cara yang berkesan untun berkongsi dengan pelanggan anda.


⭐Produk Popular Yong Living

Pengenalan kepada Essential Oils : 

Introduction to Essential Oils: Produk utama Young Living adalah essential oils. Essential oils adalah bahan semulajadi yang bermanfaat, yang di ekstrak dari tumbuhan. Young Living mewujudkan satu standard pemprosesan essential oil yang tulen di panggil " Seed to Seal". Seed to Seal akan memastikan semua essential oil yang di esktrak dan semua produk berada pada tahap tulin dan berkualiti tinggi.




Produk popular dan apa kelebihannya :  Ambil tahu tentang produk apa yang popular pada waktu semasa, samada essential oils (Lavender, Peppermint, Lemon, Thieves dan Frankincense), atau produk lain (M-Essence, Ningxia Red). Belajar tentang kelebihan dan faedah setiap satu produk tersebut. Terdapat banyak rangkaian produk Young Living termasuklah penjagaan diri dan rumah.

Rangkaian Produk : Young Living ada banyak rangkaian produk. Yang utama adalah essential oils, ada juga produk yang di infuse dengan essential oils. Ada Ningxia Red, Thieves, Penjagaan peribadi, Seedlings untuk bayi, Kidscents untuk kanak-kanak dan supplement. Setiap rangkaian mensasarkan penjagaan kesihatan umum bagi aspek yang berbeza.

Cara penggunaan : Essential oil boleh digunakan dengan 3 cara, iaitu, aroma, sapuan, dan makan. Faham dengan baik cara penggunaan yang sesuai, termasuk kaedah pencairan untuk penggunaan yang efektif dan selamat.




⭐Faedah dan Kegunaan Essential Oils

Kesihatan dan kesejahteraan : Essential oil menyokong sistem badan termasuklah sistem imun, sistem penghadaman dan penafasan. Essential oil juga boleh membantu memperbaiki keadaan mental seperti mengurangkan stress, memperbaiki mood dan meningkatkan fokus.

Rumah dan Gaya Hidup : Gantikan produk harian yang mengandungi banyak bahan kimia keras kepada produk yang berasaskan essential oil yang lebih selamat. Ini termasuklah barang penjagaan diri dan barang-barang pencucian rumah.

Testimoni : Kongsikan pengalaman sendiri dan rakan-rakan tentang penggunaan produk Young Living. Kisah pengguna adalah cara marketing paling senang.

⭐Bagaimana nak bagitahu pelanggan tentang produk kita?

Komunikasi yang efektif : Sebarkan tentang nilai utama YLEO iaitu, Seed to Seal dengan terang dan yakin.  Kominikasi yang berkesan akan meningkatkan kreadibiliti anda.

Teknik mengajar : Buat kelas dan workshop cara penggunaan produk untuk pelanggan anda. Gunakan media sosial untuk menarik lebih ramai orang dan touch base dengan konsisten.

Demo Produk : Buat demo samada online atau offline. Buat sample packs dan bahan edukasi, hand out untuk pelanggan.

Menjawab soalan-soalan : Ini adalah yang paling berkesan. Jawab soalan-soalan yang diajukan dengan baik.

🌟Sambung lagi nanti

No comments:

Post a Comment

Promo Ahli Oktober 2024