Showing posts with label Young Living Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Young Living Bisnes. Show all posts

Friday, February 27, 2026

Post bisnes 4 : Mempromosi produk

 

Selamat datang ke post ke 4 tentang bisnes Young Living. Kali ini kita akan meneroka cara mempromosi produk Young Living. Apabila namanya bisnes, perlu ada jualan/sales. Jadi macam mana nak mendapatkan hasil jualan tanpa perlu "menjual" sangat. Ini adalah pandangan saya sendiri, sebab saya pun kurang suka hard sell, tapi saya masih mahu ada bisnes.

Mengenalpasti golongan sasaran

Langkah pertama untuk promosi yang efektif ialah dengan memahami siapa pelanggan ideal anda. Dengan memahami keperluan pelanggan anda, anda boleh mengatur cara promosi

  • Siapa yang memerlukan Young Living? Produk Young Living boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat, individu yang sukakan kesihatan, ibu bapa kepada anak-anak, dan mereka yang sukakan natural remedy. Adalah lebih baik untuk fokus kepada satu niche.

  • Bagaimana untuk mengenalpasti pasaran anda? Pilih satu niche yang anda paling suka. Samada kesihatan secara umum, atau ibu bapa yang mempunyai anak kecil, atau rumah tanpa bahan kimia keras. Pilih satu yang anda benar-benar suka.

  • Membuat reseach tentang audience anda Gunakan media sosial untuk mengkaji feedback dan insight tentang keperluan dan kegemaran target market anda. Lebih banyak yang anda ketahui, lebih baik.

Platform untuk menjalankan promosi

Ada banyak cara untuk mempromosi. Hanya pilih yang sesuai untuk diri sendiri. Saya suka part ni, kerana ia memberi peluang untuk kita mengenali diri sendiri (saya baru tahu yang saya tak berapa gemar jumpa orang, tapi boleh berkomunikasi dengan baik melalui text).

Secara offline : 
  • Anda boleh buka booth di mall atau pada hari aktiviti masyarakat. 
  • Anda boleh mengadakan kelas essential oil di rumah anda sendiri. 
  • Boleh buat gift packs yang mengandungi diluted oils dan kad nama anda, dan letakkan di gym, atau ofis.
  • Boleh membawa rakan-rakan ke Experience Centre Young Living di Bangsar South untuk hidu semua essential oil yang ada

Secara online (ni kegemaran saya):
  1. Boleh share apa aje produk Young Living yang anda gunakan ke media sosial. Tiada sekatan
  2. Buat Faebook page, atau Tiktok atau Instagram khas untuk Young Living. Share info product dan cara pnggunaannya.
  3. Buat blog (macam blog ini).
  4. Gunakan group Whatsapp atau Telegram. Buat channel sekali

Kesimpulannya 

Sebenarnya bisnes Young Living ni ibarat kanvas putih. Anda sendiri yang mencorakkan macam mana nak buat bisnes ni sesuai dengan personaliti anda. Tidak perlu ikut-ikut orang. Tiada suatu cara yang salah pun. 

Bagi yang suka berjumpa dengan orang, anda boleh buat event yang jumpa orang.
Bagi yang suka berada di rumah dan edit video, anda boleh shoot dan edit video di rumah aje.
Bagi ibu surirumah yang sibuk jaga anak dan rumah, anda boleh share macam mana penggunaan Young Living dalam rutin seharian anda.
Begitu juga jika anda seorang pelajar, anda boleh share bagaimana pengguunaan Young Living dalam aktiviti seharian.
Saya yang suka berkebun dan menternak juga share bagaimana saya guna essential oil kepada pokok dan haiwan saya.

Semua orang boleh buat. Hanya share apa yang anda guna seharian sahaja.

Belum jadi ahli?
Kena jadi ahli dulu sebelum buat bisnes. Hubungi saya. Details ada di tab atas

Thursday, April 10, 2025

Kelayakan untuk naik rank

 Dalam post ini saya nak cerita tentang rank dalam Young Living. Rank ni, menentukan berapa banyak komisyen yang layak dapat.

Cara senang nak tahu syarat-syarat uprank dan di mana kita berada pada waktu ini, ialah dengan menyemak di VO (Virtual Office). Semua ahli Young Living, tak kisah buat bisnes atau tidak, boleh melihat informasi yang sama di VO

Mula-mula log in ke VO, masukkan member id dan password. Gambar di bawah ialah Dashboard VO anda. Di ruangan tab di atas VO tu, ada tab "Rank Qualification". Klik situ




 Di dalam tab Rank Qualification, ada dinyatakan dalam bentuk table, bagaimana mahu mencapai rank.



Jum kita tengok satu-satu

Ada 10 rank dalam Young Living. 
Dari Associate ke Royal Crown Diamond. Keahlian YL ni tiada beza pun ahli buat bisnes atau ahli biasa. Sama aje. Tu yang kadang, orang tak buat bisnes pun alih-alih dapat komisyen. Syarat untuk mendapat rank ada 4 (4 row), iaitu

  • Baris pertama : pv (personal volume). Pembelian diri sendiri. Tak semestinya buat ER, Buat SO pun boleh, asalkan minima 100pv
  • Baris kedua : OGV. Organization Group Volume. Iaitu jumlah volume keseluruhan organisasi
  • Baris ketiga : Leg. Iaitu berapa kaki yang diperlukan. Leg ni adalah organisasi downline
  • Baris keempat : PGV. Iaitu Personal Group Volume
Jika kita lihat gambar di atas, untuk 2 rank pertama tidak memerlukan Leg dan PGV. Cukup sekadar membuat pembelian peribadi dan mempunyai Volume terkumpul, sekian-sekian banyak. 

Manakala rank-rank yang berikutnya memerlukan Leg dan PGV. Ada dinyatakan, perlu berapa Leg dengan berapa OGV.

Apa kelebihan syarat rank up begini?

Rank Silver adalah rank yang perlu di tuju untuk mendapat income yang setara dengan kerja ofis kebiasaannya. 

Bila ada sistem macam ni, takde la kes orang bawah buat kerja, orang atas dapat income. 
✅Komisyen hanya dapat, jika diri sendiri pun ada buat belian
✅ Komisyen maksimum hanya 5 lapis ke bawah. Jadi hat bawah-bawah sana dah tak kira. Jadi, takde la nun jauh2 bawah sana buat kerja, orang atas dapat
✅ Sistem leg juga adalah adil. Jadi bila sorang yang rajin kerja dan grow bisnes dia, orang atas dia takkan boleh uprank, jika dia sendiri tak kerja. Yang hebat tu, hanya satu leg. Upline dia nak uprank, kena usahakan leg lain dia. Jadi boleh aje yang baru masuk, mempunyai rank lebih tinggi dari upline atas dia

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti sambung lagi







Monday, December 2, 2024

Post bisnes : Bermula dengan Young Living

Daftar keahlian sudah, dah ada akaun, jadi macam mana nak bermula?
Mulakan dengan mengenali Virtual Office Young Living.

Meneroka Virtual Office Young Living

Masuk ke Virtual Office, dan explore semuanya. Dalam VO (Virtual Office), semua keperluan untuk member (samada nak berbisnes atau tidak) sudah ada. Di VO, anda boleh track order, komisyen dan lihat semua ahli team. Mahirkan diri dengan selok belok VO untuk membantu bisnes jadi lebih lancar



Premium Experience Starter Kit

Semasa membuat pendaftaran, pemilihan starter kit yang mana satu, adalah penting. Starter kit di susun agar kita boleh terus guna produk Young Living dan terus share. Jadi pilih Starter Kit yang kita betul-betul nak guna. 

Ada Starter Kit dengan diffuser, ada beberapa jenis diffuser. Ada Starter Kit dengan Ningxia Red, ini sekiranya kita lebih memerlukan supplement dari aroma. 

Maksimakan penggunaan Starter Kit

Gunakan semua item yang berada dalam Starter Kit. Anda terlebih dahulu kena merasai kesan produk Young Living. Pengalaman first-hand anda sendiri adalah iklan terbaik untuk bisnes ini. Cuba satu persatu, dan kemudian explore produk lain pula



Business Tools

Didalam VO, telah di sediakan pelbagai tools untuk menjalankan bisnes. 
  • poster untuk promo terbaharu
  • brochure, product guide, botol untuk samples
  • video-video tentang produk dan teknik penggunaan essential oil
  • ada link builder, untuk create link, supaya senang pelanggan melakukan pembelian melalui referral anda

Oleh itu, terokai Virtual Office untuk membiasakan diri dengan selok belok informasi tentang Young Living



Nak jadi member Young Living : bit.ly/YLEOmembership





Saturday, October 26, 2024

Kenapa nak buat business Young Living?

 Kenapa nak join Young Living, beli kat Sopi Lajada pun boleh.

Pertamanya, masuk keahlian Young Living, tak semestinya kena buat bisnes. Boleh je pakai untuk diri dan keluarga sahaja. Tiada paksaan buat bisnes. Tapi kalau buat, berikut adalah kelebihan buat bisnes Young Living, walaupun secara santai (geng saya la ni)


1. Tiada income ceiling.

Kalau buat lebih, dapat lebih. Kalau buat laju, dapat cepat. Tiada capped income. Boleh buat sambil-sambil dan masih dapat income

2. Takde masalah masuk bila pun

Orang kata kalau nak buat MLM, kena masuk awal baru untung. Tadak lah. Masuk la bila pun takpa. Orang ramai mencari alternatif yang lebih natural dan selamat. Young Living adalah salah satu pilihan itu.

3. Jadi boss sendiri

Boleh tentukan sendiri pace nak laju ka lambatka. Di team Oiling Lion, kita tak kesah sangat laju ke tak. Saya faham, korang semua ada life masing-masing yang perlu di uruskan. Jadi hanya buat YL, bila boleh. Saya akan guide dan jawab soalan korang. Kalau rasa nak cuti pun ok je bila-bila. Sampai satu tahap dalam YL, korang cuti pun masih ada gaji.

4. Modal permulaan yang rendah, tak kena simpan stok

Modal yang diperlukan ialah, membeli kit keahlian Young Living. Kalau dah memang jadi ahli Young Living, dah takde modal lain dah. Dah boleh start the business. Tak kena beli stok. Hanya promot sahaja, dan pengeposan boleh di buat direct dari hq. Pengeposan pula berinsurans, jadi kalau tumpah ke pecah ke, hq akan uruskan tanpa keluar bayaran dari kita. Best kan. Takde risiko.

5. Produk yang berkualiti tinggi

Produk Young Living ni di back up dengan kajian makmal. Setiap essential oil di tanam di tanah organik, di tuai pada masa yang sesuai, dan di suling menggunakan kaedah tanpa alkohol. Ianya adalah minyak pati yang tulen.

6. Boleh diwarisi

Sekiranya kita buat Young Living hingga satu rank ni, business kita boleh diwarisi sekiranya kita tiada nanti. 


Untuk memulakan langkah Young Living anda, boleh klik di tab Membership dan pilih kit keahlian yang di sukai, dan hubungi saya di wasap.my/+60126700316

Atau boleh direct terus mendaftar di laman web Young Living dengan link ini : 




Tuesday, September 17, 2024

Post bisnes 3 : Mengukuhkan pengetahuan produk

Untuk menjalankan bisnes Young Living (atau apa-apa bisnes pun), pengetahuan tentang produk syarikat adalah penting. Post kali ini kita akan meneroka faedah dan cara penggunaan essential oils dan cara yang berkesan untun berkongsi dengan pelanggan anda.


⭐Produk Popular Yong Living

Pengenalan kepada Essential Oils : 

Introduction to Essential Oils: Produk utama Young Living adalah essential oils. Essential oils adalah bahan semulajadi yang bermanfaat, yang di ekstrak dari tumbuhan. Young Living mewujudkan satu standard pemprosesan essential oil yang tulen di panggil " Seed to Seal". Seed to Seal akan memastikan semua essential oil yang di esktrak dan semua produk berada pada tahap tulin dan berkualiti tinggi.




Produk popular dan apa kelebihannya :  Ambil tahu tentang produk apa yang popular pada waktu semasa, samada essential oils (Lavender, Peppermint, Lemon, Thieves dan Frankincense), atau produk lain (M-Essence, Ningxia Red). Belajar tentang kelebihan dan faedah setiap satu produk tersebut. Terdapat banyak rangkaian produk Young Living termasuklah penjagaan diri dan rumah.

Rangkaian Produk : Young Living ada banyak rangkaian produk. Yang utama adalah essential oils, ada juga produk yang di infuse dengan essential oils. Ada Ningxia Red, Thieves, Penjagaan peribadi, Seedlings untuk bayi, Kidscents untuk kanak-kanak dan supplement. Setiap rangkaian mensasarkan penjagaan kesihatan umum bagi aspek yang berbeza.

Cara penggunaan : Essential oil boleh digunakan dengan 3 cara, iaitu, aroma, sapuan, dan makan. Faham dengan baik cara penggunaan yang sesuai, termasuk kaedah pencairan untuk penggunaan yang efektif dan selamat.




⭐Faedah dan Kegunaan Essential Oils

Kesihatan dan kesejahteraan : Essential oil menyokong sistem badan termasuklah sistem imun, sistem penghadaman dan penafasan. Essential oil juga boleh membantu memperbaiki keadaan mental seperti mengurangkan stress, memperbaiki mood dan meningkatkan fokus.

Rumah dan Gaya Hidup : Gantikan produk harian yang mengandungi banyak bahan kimia keras kepada produk yang berasaskan essential oil yang lebih selamat. Ini termasuklah barang penjagaan diri dan barang-barang pencucian rumah.

Testimoni : Kongsikan pengalaman sendiri dan rakan-rakan tentang penggunaan produk Young Living. Kisah pengguna adalah cara marketing paling senang.

⭐Bagaimana nak bagitahu pelanggan tentang produk kita?

Komunikasi yang efektif : Sebarkan tentang nilai utama YLEO iaitu, Seed to Seal dengan terang dan yakin.  Kominikasi yang berkesan akan meningkatkan kreadibiliti anda.

Teknik mengajar : Buat kelas dan workshop cara penggunaan produk untuk pelanggan anda. Gunakan media sosial untuk menarik lebih ramai orang dan touch base dengan konsisten.

Demo Produk : Buat demo samada online atau offline. Buat sample packs dan bahan edukasi, hand out untuk pelanggan.

Menjawab soalan-soalan : Ini adalah yang paling berkesan. Jawab soalan-soalan yang diajukan dengan baik.

🌟Sambung lagi nanti

Selamat Datang ke Young Living.