Showing posts with label Premex Oil. Show all posts
Showing posts with label Premex Oil. Show all posts

Saturday, December 6, 2025

Peppermint


✅Peppermint ni adalah kegemaran ramai orang. Tak boleh takde. Banyak kegunaan.

Saya guna Peppermint :

✅ Bila kurang sihat. Sapu kat kepala bagi berangin.
✅ Masukkan dalam spray bottle untuk kegunaan dapur. Peppermint+ Lemongrass, lalat tak suka.
✅ Titik atas aroma stone, letak di kawasan laluan tikus. Tikus pun tak suka bau peppermint
✅Kalau travel wajib bawak ni

Ada banyak lagi kegunaan yang takleh share public.

Nak beli Peppermint?
Klik sini Beli Peppermint
Masukkan kod diskaun : blog






Saturday, September 27, 2025

Lemon essential oil

 


Lemon adalah salah satu essential oil must have
Saya guna Lemon

✅ masukkan dalam spray air di dapur, buat lap table top. Lemon cut through grease dengan cun
✅ cuci diffuser. Drop lemon atas tisu muka, kemudian lap diffuser. Jangan terlap logo, kang hilang logo ๐Ÿ˜…
✅ Sapu sepanjang tulang belakang dan tapak kaki orang yang tak sihat dalam rumah.
✅ Diffuse untuk bau lemon segar. Bau dia memang macam Lemon baru potong.

Fungsi lain yang boleh guna
✅ campur dengan Witch Hazel , jadi toner. Boleh bantu memperbaiki cela pada wajah.
✅ Dapatkan Lemon Flavouring untuk masukkan dalam air dan makanan. Buat air Lemon pepagi untuk mild detox




3 manfaat Lemon essential oil

1. Meningkatkan mood dan tenaga.
Lemon essential oil memang diketahui ramai tentang sifatnya yang uplifting dan memberikan kesegaran. Menghidu aroma Lemon boleh membantu untuk meningkatkan mood, mengurangkan anxiety, dan meningkatkan kecerdasan minda. Dffuse Lemon di rumah dan di tempat kerja untuk mewujudkan kesan positif dan segar.

2. Menyokong sistem imun badan
Lemon eo yang kaya dengan antioxidant dan vitamin C, boleh membantu menyokong sistem imuniti badan yang lebih sihat. Ia mengandungi sifat antibakteria dan antiviral yang semulajadi boleh membantu melawan jangkitan kuman yang biasa. Diffuse atau tambahkan kedalam minyak urutan untuk membantu sistem badan yang lebih sihat

3. Lemon adalah agen pencuci semulajadi
Lemon eo adalah pencuci yang kuat. Sifat antibacterial dan antifungal menjadikan ianya pilihan tepat untuk mencuci rumah. Tambahkan lemon eo, cuka dan air ke dalam botol spray. Ia berkesan untuk menghilangkan gris, membasmi kuman, dan meninggalkan bau yang segar selepas itu.

Dapatkan Lemon anda hari ini https://wa.me/c/60126700316




Monday, February 3, 2025

Lavender essential oil

 Lavender eo adalah salah satu eo dalam set permulaan Young Living. Ada 10 eo dalam kit Young Living iaitu : Lavender, Lemon, Frankincense, Digize, Thieves, RC, Purification, Deep Relief, Valor, Peppermint.





Lavender adalah essential oil yang sangat versatil, ia boleh di gunakan dalam banyak hal seharian. Ia boleh membantu meningkatkan kualiti hidup anda. Lavender Young Loiving di ekstrak dari bungan Lavandula angustifolia,  menggunakan kaedah steam distilled utuk memastikan setiap titis Lavender adalah tulin. Berikut adalah beberapa manfaat Lavender.

1. Mengurangkan stress dan anxiety

Lavender memang terkenal dengan sifatnya yang menenangkan. Ia menjadi pilihan banyak industri spa dan aromatherapy untuk menenangkan stress dan anxiety. Diffuse beberapa drop Lavender dalam diffuser, dan jadikan ruangan rumah/pejabat anda lebih tenang dan menjadikan minda lebih clear.

2. Memperbaiki kualiti tidur.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah insomnia, Lavender essential oil boleh menjadi natural remedy. Aroma Lavender telah di ketahui boleh membantu badan dan minda untuk relax, jadi boleh bersedia untuk tidur yang lebih nyenyak. Cuma perlu titiskan beberapa titis Lavender essential oil ke bantal, atau diffuse Lavender di dalam bilik untuk meningkatkan kualiti tidur.

3. Mengurangkan kesakitan dan radang (bengkak)

Lavender essential juga mempunyai sifat anti-inflammatory dan analgesic (tahan sakit). Oleh itu ia sangat berguna untuk membantu mengurangkan sakit otot, sakit sendi dan sakit kepala. Campurkan beberapa titis Lavender Young Living dengan mana-mana minyak untuk disapukan pada tempat yang diperlukan.

4.Menyokong  sistem pernafasan

Penggunaan Lavender dalam diffuser boleh membantu pernafasan yang lebih baik. Sifat anti-microbial pada Lavender boleh membantu membersihkan saluran pernafasan, dan menjadikan lebih senang untuk bernafas terutamanya ketika sedang tersumbat.




Bagaimana nak menggunakan Lavender?

  • Aromatherapy : Tambahkan beberapa titits Lavender ke dalam diffuser atau hidu terus dari botol untuk menikmati efek tenang.
  • Sapuan : Campurkan dengan carrier oil (atau mana-mana minyak yang ada seperti minyak kelapa atau minyak zaitun), dan sapukan ke kulit untuk melegakan masalah, memperbaiki kesihatan kulit dan menenangkan.
  • Rendaman mandi : Tambahkan beberapa titis Lavender ke dalam air mandian untuk feeling bagai di spa, yang melegakan badan dan minda.
  • Alat bantu tidur : Titiskan beberapa titis pada bantal dan tilam, diffuse dalam bilik tidur untuk tidur yang lebih nyenyak.
Pendek kata, Young Living Lavender ini adalah bersatil dan boleh membantu anda memperbaiki kualiti hidup. Samada anda sedang mencari jalan untuk mengurangkan stress, meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan kesakitan, atau memperbaiki kecantikan kulit, anda boleh bermula dengan Lavender.

Untuk belian, boleh klik sini
Masukkan kod diskaun "blog" 









Thursday, December 5, 2024

Valor essential oil

 

.

Valor adalah salah satu essential oil yang terdapat dalam Premex (kit permulaan Young Living). Ianya adalah antara eo yang famous.

Aromanya macam earthy kayuan, datang dari Northern Light Black Spruce, Blue Tansy dan Frankincense. Warnanya biru pekat, datang dari bunga Blue Tansy.

Valor selalu digunakan untuk fokus belajar, atau bekerja. Ia juga membantu meningkatkan rasa yakin diri. Saya guna juga untuk beguk.

Lagi tentang Valor :

  1. Penggunaan aromatik: Diffuse Valor di dalam bilik untuk suasana yang tenang dan santai. Tambahkan beberapa titis ke dalam diffuser bersama air. Selain itu,hidu secara langsung dari botol atau drop beberapa titis Valor di tapak tangan, gosokkan kedua-dua tangan, dan hidu perlahan-lahan.

  2. Penggunaan topikal: Sapukan Valor terus pada kulit untuk kesan tenang dan melegakan ketegangan otot. Cairkan beberapa titisan minyak dengan carrier, seperti fractionated coconut oil  atau minyak jojoba, dan urut ke kawasan yang diperlukan. Boleh juga disapukan di pergelangan tangan, leher, bahu, belakang, atau kaki.

  3. Penggunaan roll-on: Young Living juga menawarkan roll-on Valor yang telah dicairkan untuk aplikasi yang mudah dan cepat. Cuma sapukan roll-on ini ke kawasan yang diingini untuk kesan yang menenangkan dan menyegarkan.

  4. Mengukuhkan fokus: Diffuse Valor semasa bekerja atau sapukan di pergelangan tangan atau dada untuk relaksasi dan fokus.

  5. Tambahkan dalam produk penjagaan diri: Tambahkan beberapa titis Valor ke dalam syampu, perapi, atau body wash untuk pengalaman yang menyegarkan. Boleh juga menambah satu atau dua titis Valor ke dalam pelembap atau krim muka untuk menjaga kesihatan kulit.


๐Ÿ“‘Nak daftar sendiri keahlian Young Living, klik sini, bit.ly/YLEOmembership Nanti dah siap, saya akan poskan gift.

๐Ÿ›’Beli di sini : https://wasep.me/oilinglion/item/valor-5ml

Tuesday, October 29, 2024

RC - pilihan saya untuk pernafasan yang lancar

 Nak buat apa jika kita atau ahli keluarga tak sihat atau batuk selesema. Ada banyak natural remedi boleh dibuat. (1) madu yang direndam dengan bawang putih/halia (2) keratan bawang letak di hujung kepala semasa tidur. 

Dan saya juga suka guna RC. Berangin dan rasa terbuka rongga hidung. RC ni macam natural remedi jugak, kena pakai kerap dan konsisten baru nampak kesan. 




✅Boleh diffuse selepas workout, segar nyaman
✅ Diffuse dalam kereta untuk pemandan dengan aroma segar
✅Sapu di dada dan belakang semasa tidak selesa bernafas
✅ Sapu neat di hujung ibu jari kaki untuk masalah berdengkur
✅ Sapu sikit di hujung hidung pagi-pagi, untuk yang resdung

Untuk pertanyaan lanjut boleh  hubungi saya  di page "Hubungi saya"
Belian di katalog


Wednesday, October 23, 2024

Frankincense - the King of Oils

 




FRANKINCENSE


Frankincense
Nama Arabnya Luban, atau Boswellia carterii.

Ia adalah antara minyak pati yang mahal dan paling berkualiti di kalangan sejenis dengannya.

Frank (wow nama glamor), diangkat sebagai minyak pati yang berharga di Timur Tengah.

Kualitinya ialah pada aromanya yang "grounding", menenangkan fikiran yang berkecamuk dan emosi yang bergelora.

Maka, Frank banyak di gunakan sebagai bauan di rumah ibadat; supaya dapat fokus dan khusyuk. Ia mendatangkan tumpuan dan konsentrasi.

NIlai lain Frank ialah ia dapat menyokong kesihatan kulit.

Kedut? Kusam? Cuba la Frank.

Secara amnya, Frank dapat menyokong fungsi badan secara keseluruhan. Psst, terdapat banyak resepi serum akan menggunakan Frank.

Terdapat dalam banyak produk YLEO lain : Abundance, Acceptance. Rangkaian penjagaan muka ART. Boswellia Wrinkle Cream, Brain Power, Common Sense, Highest Potential, ImmunoPower dan banyak lagi




Saturday, September 14, 2024

Purification : penghapus bau

 



✅Kalau takde deodorant, Purification boleh ganti deodorant sekejap. Dia akan rasa berangin jap, pastu sepanjang hari akan bebas bau, Insyallah.

✅Saya suka guna Purification sebagai pembasmi bau busuk. Kalau ada apa busuk, just titikkan Puri ke tempat tu.
Dah dua kali, saya jumpa bangkai kucing mati yang dah lama, tinggal belulang aje, busuk takyah cakap la. Selepas cuci bersih kawasan tu, bau masih ada. 5 titik Purification, setel bau Alhamdulillah. Titik direct atas tempat bangkai tu
Kalau takat kasut, bau najis kucing, bilik anak bujang, apetah lagi. Kalau bilik yang berbau busuk, atau office yang berbau rokok, boleh diffuse Purification.

Lagi fungsi Purification adalah, untuk menarik bisa. Sekiranya ada di sengat semut atau serangga, atau ada bisul yang bernanah, sapukan Purification di sekeliling tempat sengatan atau bisul, jangan kena mata sengatan/bisul pulak. Dia akan membantu menolak keluar bisa.

Berikut adalah fungsi Purification:

1. Air Freshener
  • Diffuse : Tambahkan beberapa titis Purification dalam diffuser untuk membersihkan udara dan menghilangkan bau busuk. Hal ini sangat berguna di kawasan dapur, tandas, dan kawasan binatang kesayangan
  • Spray : tambahkan Purification ke dalam botol spray, dan spray aje di kawasan yang perlu dinyahkan bau.
2. Natural Deodorant
  • Purification boleh digunakan sebagai pengganti deodorant. Hanya dilutekan Purification dengan mana-mana carrier oil (minyak zaitun, minyak kelapa), dan sapukan di bawah lengan untuk menghilangkan bau badan.

3. Perlindungan semasa Outdoor
  • Bug Repellant : Sapukan Purification yang di cairkan ke kulit semasa mengadakan aktiviti luaran, untung menghidari serangga. Ia juga elok di diffuse semasa menjalankan aktivity piknik, camping dan bbq untuk menhalau serangga dan nyamuk.
4. Skin Care
  • Blemishes : Sapukan Purification yang telah di dilute, ke blemishes, luka atau iritasi kulit untuk melegakannya
  • Foot soak : Tambahkan Purification dalam air rendaman kaki, untuk menyegarkan kaki dan menghilangkan bau
5. Basuh baju
  • tambahkan beberapa titis Purification kepada pusingan mesin basuh yang terakhir untuk aroma fresh pada pakaian.
6. Car freshener
  • Titiskan Puification pada kapas atau tisu dan selitkan pada aircond untuk aroma fresh semasa memandu.
7. Pet Care
  • gunakan Purification (diluted) pada tempat tidur haiwan kesayangan untuk membuang bau busuk. Juga boleh di sapu pada bulu haiwan kesayangan untuk bau yang lebih segar.
Di atas adalah beberapa cara penggunaan Purification untuk kesegaran harian anda.

Untuk mendapatkan Purification : klik sini https://wasep.me/oilinglion/




Selamat Datang ke Young Living.