Selamat datang ke post ke 4 tentang bisnes Young Living. Kali ini kita akan meneroka cara mempromosi produk Young Living. Apabila namanya bisnes, perlu ada jualan/sales. Jadi macam mana nak mendapatkan hasil jualan tanpa perlu "menjual" sangat. Ini adalah pandangan saya sendiri, sebab saya pun kurang suka hard sell, tapi saya masih mahu ada bisnes.
Mengenalpasti golongan sasaran
Langkah pertama untuk promosi yang efektif ialah dengan memahami siapa pelanggan ideal anda. Dengan memahami keperluan pelanggan anda, anda boleh mengatur cara promosi
- Siapa yang memerlukan Young Living? Produk Young Living boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat, individu yang sukakan kesihatan, ibu bapa kepada anak-anak, dan mereka yang sukakan natural remedy. Adalah lebih baik untuk fokus kepada satu niche.
- Bagaimana untuk mengenalpasti pasaran anda? Pilih satu niche yang anda paling suka. Samada kesihatan secara umum, atau ibu bapa yang mempunyai anak kecil, atau rumah tanpa bahan kimia keras. Pilih satu yang anda benar-benar suka.
- Membuat reseach tentang audience anda Gunakan media sosial untuk mengkaji feedback dan insight tentang keperluan dan kegemaran target market anda. Lebih banyak yang anda ketahui, lebih baik.
Platform untuk menjalankan promosi
Ada banyak cara untuk mempromosi. Hanya pilih yang sesuai untuk diri sendiri. Saya suka part ni, kerana ia memberi peluang untuk kita mengenali diri sendiri (saya baru tahu yang saya tak berapa gemar jumpa orang, tapi boleh berkomunikasi dengan baik melalui text).
Secara offline :
Secara offline :
- Anda boleh buka booth di mall atau pada hari aktiviti masyarakat.
- Anda boleh mengadakan kelas essential oil di rumah anda sendiri.
- Boleh buat gift packs yang mengandungi diluted oils dan kad nama anda, dan letakkan di gym, atau ofis.
- Boleh membawa rakan-rakan ke Experience Centre Young Living di Bangsar South untuk hidu semua essential oil yang ada
- Boleh share apa aje produk Young Living yang anda gunakan ke media sosial. Tiada sekatan
- Buat Faebook page, atau Tiktok atau Instagram khas untuk Young Living. Share info product dan cara pnggunaannya.
- Buat blog (macam blog ini).
- Gunakan group Whatsapp atau Telegram. Buat channel sekali
Kesimpulannya
Sebenarnya bisnes Young Living ni ibarat kanvas putih. Anda sendiri yang mencorakkan macam mana nak buat bisnes ni sesuai dengan personaliti anda. Tidak perlu ikut-ikut orang. Tiada suatu cara yang salah pun.
Bagi yang suka berjumpa dengan orang, anda boleh buat event yang jumpa orang.
Bagi yang suka berada di rumah dan edit video, anda boleh shoot dan edit video di rumah aje.
Bagi ibu surirumah yang sibuk jaga anak dan rumah, anda boleh share macam mana penggunaan Young Living dalam rutin seharian anda.
Begitu juga jika anda seorang pelajar, anda boleh share bagaimana pengguunaan Young Living dalam aktiviti seharian.
Saya yang suka berkebun dan menternak juga share bagaimana saya guna essential oil kepada pokok dan haiwan saya.
Semua orang boleh buat. Hanya share apa yang anda guna seharian sahaja.
Belum jadi ahli?
Kena jadi ahli dulu sebelum buat bisnes. Hubungi saya. Details ada di tab atas
No comments:
Post a Comment