Sunday, August 18, 2024

Kelayakan untuk naik rank

 Dalam post ini saya nak cerita tentang rank dalam Young Living. Rank ni, menentukan berapa banyak komisyen yang layak dapat.

Cara senang nak tahu syarat-syarat uprank dan di mana kita berada pada waktu ini, ialah dengan menyemak di VO (Virtual Office). Semua ahli Young Living, tak kisah buat bisnes atau tidak, boleh melihat informasi yang sama di VO

Mula-mula log in ke VO, masukkan member id dan password. Gambar di bawah ialah Dashboard VO anda. Di ruangan tab di atas VO tu, ada tab "Rank Qualification". Klik situ




 Di dalam tab Rank Qualification, ada dinyatakan dalam bentuk table, bagaimana mahu mencapai rank.



Jum kita tengok satu-satu

Ada 10 rank dalam Young Living. 
Dari Associate ke Royal Crown Diamond. Keahlian YL ni tiada beza pun ahli buat bisnes atau ahli biasa. Sama aje. Tu yang kadang, orang tak buat bisnes pun alih-alih dapat komisyen. Syarat untuk mendapat rank ada 4 (4 row), iaitu

  • Baris pertama : pv (personal volume). Pembelian diri sendiri. Tak semestinya buat ER, Buat SO pun boleh, asalkan minima 100pv
  • Baris kedua : OGV. Organization Group Volume. Iaitu jumlah volume keseluruhan organisasi
  • Baris ketiga : Leg. Iaitu berapa kaki yang diperlukan. Leg ni adalah organisasi downline
  • Baris keempat : PGV. Iaitu Personal Group Volume
Jika kita lihat gambar di atas, untuk 2 rank pertama tidak memerlukan Leg dan PGV. Cukup sekadar membuat pembelian peribadi dan mempunyai Volume terkumpul, sekian-sekian banyak. 

Manakala rank-rank yang berikutnya memerlukan Leg dan PGV. Ada dinyatakan, perlu berapa Leg dengan berapa OGV.

Apa kelebihan syarat rank up begini?

Rank Silver adalah rank yang perlu di tuju untuk mendapat income yang setara dengan kerja ofis kebiasaannya. 

Bila ada sistem macam ni, takde la kes orang bawah buat kerja, orang atas dapat income. 
✅Komisyen hanya dapat, jika diri sendiri pun ada buat belian
✅ Komisyen maksimum hanya 5 lapis ke bawah. Jadi hat bawah-bawah sana dah tak kira. Jadi, takde la nun jauh2 bawah sana buat kerja, orang atas dapat
✅ Sistem leg juga adalah adil. Jadi bila sorang yang rajin kerja dan grow bisnes dia, orang atas dia takkan boleh uprank, jika dia sendiri tak kerja. Yang hebat tu, hanya satu leg. Upline dia nak uprank, kena usahakan leg lain dia. Jadi boleh aje yang baru masuk, mempunyai rank lebih tinggi dari upline atas dia

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti sambung lagi







No comments:

Post a Comment

Set It's Time to Sleep