1. Kandungan
Young Living Mineral Essence menggabungkan pelbagai mineral dan essential oil untuk meningkatkan kadar penyerapan dan memberikan manfaat tambahan untuk kesihatan. Berikut adalah bahan penting di dalam M- Essence.
Mineral Blend:
- Calcium: Menyokong kesihatan tulang, penyebaran saraf dan fungsi otot.
- Magnesium: Penting untuk otot, fungsi saraf dan penghasilan tenaga.
- Phosphorus: Menyumbang kepada kesihatan tulang dan gigi, dan juga penghasilan tenaga.
- Potassium: Menguruskan keseimbangan cecair dalam badan, pengecutan otot dan signal saraf.
- Zinc: Sangat penting untuk fungsi sistem imun, sintesis protein, dan penyembuhan luka.
- Manganese: Terlibat dalam pembentukan tulang, pembekuan darah dan mengurangkan keradangan.
- Chromium: Membantu dalam metabolisme mironutrient dan pengawalan gula dalam darah.
- Selenium: Bertindak sebagai antioksidan dan menyokong fungsi thyroid.
- Boron: Menyokong kesihatan tulang dan metabolisme calcium.
Trace Minerals:
- Copper: Membantu dalam penyerapan zat besi dan pembentukan sel darah merah.
- Iodine: Keperluan penting untuk penghasian hormon thyroid dan pengawalan metabolik.
- Molybdenum: Membantu proses detoksifikasi dan proses metabolik.
- Vanadium: Menyokong tahap gula dan kolesterol dalam darah.
Essential Oils:
- Lemon: Memberikan rasa citrus yang segar dan mempunyai sifat detoks.
- Cinnamon Bark: Diketahui umum rasanya yang panas dan pedas, dan memberi faedah dalam proses metabolik.
- Peppermint: Memberikan rasa sejuk, dan membantu dalam penghadaman.
2. Manfaat
Young Living M-Essence di formulasi untuk :
- Menampung semula Mineral Penting : Membekalkan mineral yang mungkin tidak mencukupi dari diet .
- Menyokong kesihatan tulang : Mineral utama seperti Calcium, Magnesium, dan Phosphorus menyumbang kepada pengekalan tulang yang kuat.
- Meransang Fungsi Metabolik : Chromium dan mineral surih yang lain membantu mengawal metabolism dan menyokong penghasilan tenaga.
- Memperbaiki fungsi immuniti badan : Zinc dan selenium adalah sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh dan sistem imuniti yang berkesan.
- Membantu dalam detoksifikasi : Sebahagian mineral dan essential oil dalam M-Essence membantu proses detox dalam badan.
3. Cara pengambilan
- Dos: Jumlah yang disarankan ialah 2.5ml sehingga 5ml setiap hari (lebih kurang 2 pam dropper)
- Cara pengambilan: Campurkan supplement dengan 1 cawan air atau jus untuk mencairkan rasa mineral.
- Kepekatan : Goncang botol dahulu, kerana mineral semulajadi akan mendap di bawah.
Kesimpulan
Young Living M-Essence ialah supplement mineral yang komprehensif yang menawarkan pelbagai jenis mineral dalam satu botol, malah ia juga menyertakan kebaikan essential oil. Ia diformulasi untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh termasuk kesihatan tulang, fungsi metabolik, dan immune badan.Mineral yang berada dalam bentuk ionik membolehkan m-essence diserap dengan lebih baik ke dalam badan.




.png)