Friday, January 3, 2025

Australian Ericifolia

Faedah dan penggunaan Australian Ericifolia

Young Living terkenal dengan minyak essential oil yang berkualiti tinggi. Australian Ericifolia adalah salah satu darinya. Ia juga dikenali sebagai "Lavender Tea Tree". Essential oil ini menggabungkan sifat Lavender iaitu menenangkan dan nyaman; dengan sifat membersih dan menyuci dari tea tree. Berasal dari Australia, pokok Ericifolia menghasilkan essential oil yang lembut tapi berkesan, sesuai bagi yang mengutamakan kesihatan secara alami



Kenali Australian Ericifolia

Australian Ericifolia (Melaleuca ericifolia adalah sebahagian dari keluarga Myrtaceaea, yang juga sekeluarga dengan tumbuhan eucalyptus dan tea tree. Essential oil dari pookok ini di ekstrak dari daun. Ia mempunyai aroma herba dan sedikit aroma bungaan; ini menjadikan ia unik, kerana mempunyai sifat membersih, dan menenangkan pada masa yang sama.

Pokok ini tumbuh dengan subur di kawasan basah di selatan Australia. Daun dan rantingnya digunakan oleh orang asal Australia untuk tujuan perubatan.

Faedah Autsralian Ericifolia

  1. Menyokong kesihatan sistem pernafasan
    Sepertimana eucalyptus, Australian Ericifolia boleh membantu membersihkan saluran pernafasan dan menyokong kesihatan sistem pernafasan. Sifat decongestant menjadikan ia tepat untuk digunakan semasa selesema atau tersumbat hidung. Diffuse eo ini atau terus hidu dari botol untuk pernafasan yang lebih selesa.

  2. Memberikan kelegaan pada kulit
    EO ini boleh membantu memberi keselesaan pada kulit yang radang. Dilute dengan carrier oil sebelum digunakan pada kulit.

  3. Meransang ketenangan
    Sifatnya seperti Lavender yang menenangkan. Aroma yang lembut dan wangi boleh membantu menenangkan rasa risau dan letih. Cubalah diffuse dalam bilik tidur.

  4. Mencuci dan membersih
    Seperti mana minyak tea tree, minyak Autralian Ericifolia mempunyai sifat mencuci dan membersih. Ia boleh ditambahkan dalam regime wajah untuk membersihkan cela. Dan juga boleh di buat spray untuk pembersihan rumah.

  5. Meningkatkan mood dan kesihatan emosi
    Essential oils bukan sahaja membantu dalam kesihatan fizikal. Ia juga membantu dalam kesihatan emosi. Aroma Australian Ericifolia boleh membantu meningkatkan semangat, memperbaiki mood, dan mengurangkan rasa sedih dan letih.



Cara guna Australian Ericifolia.

  1. Diffuse
    Cara paling mudah untuk menikmati khasiat essential oil ialah dengan diffuse. Letakkan beberapa titis eo ke dalam diffuser dan nikmatilah aroma dan terus dapat kesan yang baik.

  2. Sapuan
    Sesuai untuk kegunaan penjagaan wajah dan sapuan terus ke tempat yang diperlukan. Dilute dahulu dengan carrier oil (seperti V-6, minyak kelapa dan minyak zaitun).

  3. Hidu terus dari botol
    Untuk sokongan pernafasan, boleh hidu terus dari botol. Atau titiskan di tapak tangan, dan pekup di hidung, hidu sepanjang hari bila perlu.

  4. DIY Spray
    Tambahkan Australian Ericifolia ke dalam botol spray, jadikan pencuci untuk dapur dan rumah. Ianya natural dan selamat

Beli Australian Ericifolia

Kod diskaun : blog

No comments:

Post a Comment

Set It's Time to Sleep