Monday, June 24, 2024

5 essential oils untuk tidur yang lebih nyenyak.

 Benda yang selalu orang cari essential oil adalah untuk release stress dan untuk rehat yang lebih berkualiti. Saya selalu cakap dengan team saya, sebelum nak tackle masalah kesihatan yang lain, ada 2 perkara yang perlu di selesaikan dahulu, iaitu tidur dan perut. Tidur kena nyenyak, perut punya gut flora kena tiptop. Then selepas tu, boleh la usahakan masalah kesihatan yang lain.

Dalam entry kali ini, saya nak share 5 oils yang kami guna untuk membantu tidur yang lebih lena. Ada banyak ja eo lain, tapi saya nak pilih 5 ni aje dulu, supaya tak rambang mata nak pilih. 

Jika ada yang berkenan, boleh helo saya di bit.ly/GetOiling ya

Cedarwood essential oil

Lavender campur Cedarwood, diffuse, adalah resepi pling lena 😴😴. Memang padam terus. Mata macam kena gam. Kalau awal malam, diffuse Lavender aje supaya semua orang relax, masa nak tidur, topup air dalam diffuser, tambah Lavender dan Cedarwood. Harus kroh kroh.

Harga tak mahal pun Cedarwood ni, botol besar plak tu. Cedarwood ni eo fokus jugak. Dia membantu mendiamkan otak yang bising. So, kalau rasa banyak kerja tapi banyak gangguan, cuba sapu Cedarwood di belakang leher. Dia akan rasa tenang. Kalau guna malam, dia akan fokus nak tidur la hehe.

Grounding essential oil

Grounding adalah antara eo kegemaran saya. One of the reasons adalah sebab dia bagi anak saya senang tidur. Grounding ni cuba diffuse pukul 12 atau 1 tengah hari. Tarik langsir bagi gelap.  Tutup tv. Slow down dan pejam mata. Nanti anak-anak kecil saya pakat lena, saya boleh bangun dan solat zohor dengan aman (semoga tak berlayar sekali la mak nya )

Tranquil Roll On

Saya ada 5 anak. Anak saya lain-lain rasinya. Anak no.3 saya sangatlah "kalah" dengan Tranquil ni. Sapu je kat ubun-ubun dia, dok kejap dah out, lena. Sebab dia Roll On, mudah di bawa dan diguna. Tak perlu fikir dilute ke apa. Saya letak di hujung katil, kalau anak terjaga tengah malam, terus capai dan sapu di ubun-ubun, belakang telinga dan belakang leher. Cepat je lena balik. Senang juga di bawa semasa travel. Terus calit aje.

Last but not least, 

Digize essential oil 

Haha pelik kan. Digize ni eo untuk perut, pehal saya letak dia sebagai minyak tidur?

Kat atas sana saya ada cakap, jaga tidur jaga perut. Kita mesti tak selesa jika tidur dalam keadaan perut kembung, atau berangin. Sapu Digize ke perut setiap malam, pastu cuba perhati tidur akan rasa lebih nyenyak, esok paginya bangun akan rasa lebih teratur. Perut rasa selesa.

Lavender essential oil



Asal sebut essential oil ja, mesti akan nampak Lavender dulu. Kalau sebut nak rest aje mesti nampak Lavender dulu. Memang iya pun. Hehe. Memang Lavender adalah top of the list essential oil. Favourite of all times.

Dulu saya tak suka bau Lavender. Saya hairan kenapa orang suka Lavender yang menyucuk hidung tu. Lepas jadi member Young Living, saya dreaded nak bau Lavender tu. Alih-alih bila bau, eh lainnya bau. Bau dia tak menyucuk hidung dan tidak berbau plastik. 

Sekarang ni saya diffuse Lavender, rasa ahhh nyaman. Bila dah nak start wind down for the day, diffuse Lavender. Kendian campur dengan next eo ya.


There you go, 5 essential oil untuk membantu tidur anda.

Boleh cuba mana-mana dari 5 ini, dan komen yang mana kegemaran korang. Mesti ramai tak sangka pasal Digize tu, kan?

🌷 Bagi yang ingin mencuba essential oil di atas, boleh hubungi saya di bit.ly/GetOiling 
🌷 Yang nak mendaftar keahlian Young Living, boleh klik sini bit.ly/YLEOmembership 
(Sila semak promo semasa di bahagian kiri blog, sebelum mendaftar)

See ya next entry,
Liyana Anaqi 🦁



No comments:

Post a Comment

Kekal Bertenaga