Saturday, August 10, 2024

Apa beza Humidifier dan Diffuser?

 


Ada orang tanya, apa beza humidifier dan diffuser? Kan lagi senang beli humidifier, pastu bubuh ja eo dalam tu. Di bawah ni ada perbezaan humidifier, purifier dan diffuser, dan pendapat saya tentang ni.



Senang listed macam di atas. Setiap satu ada makna tersendiri. Kadang-kadang, fungsi boleh overlap. Contohnya ada humidifier dia tambah fungsi purifier.



Diffuser (esp diffuser Young Living), dia guna ultrasonic plate. Ultrasonic plate ni akan bergetar, dan menggoncang air di atas plate tu, sampai dia menjadi wap. Sebab tu nampak berasap keluar. Bukan asap smoke, tapi asap molekul air. Dan bila kita bubuh eo dalam tu, molekul air tu akan ada molekul eo jugak. Jadi molekul eo ni akan travel bersama wap air dan di hidu oleh kita. 

Humidifier

Humidifier adalah pelembab udara. Kalau negara 4 musim, time musim panas udara menjadi terlalu kering, jadi kena pasang pelembab udara untuk menjaga kesihatan dan harta benda. Di negara kita, ada ke tempat yang terlalu kering? Adaaa. Iaitu rumah ata pejabat yang menggunakan aircond sepanjang masa. Udara dari penghawa dingin adalah kering, sebab itu kita di nasihatkan meletakkan sebaldi air dalam bilik yang menggunakan aircond.

Boleh ke humidifier guna essential oil? Boleh kalau dia ada fungsi tu.
Boleh ke nak guna eo dari Young Living? Eo YL adalah sangat potent, saya risau kang rosak plak mesin tu. Diffuser YL dibuat dari high grade plactic yang memang boleh tahan eo-nya tu. Plastic lain, saya tak tau ketahanannya.





Purifier

Manakala Purifier pula adalah sejenis penapis udara. Dalam udara ada banyak partikel halus, terutamanya yang tinggal di bandar yang kurang pokok. Di kampung (macam tempat saya tinggal ni), ada banyak pokok jadi penapis.



Kesimpulan
Jadi anda pilih yang mana. Boleh je nak ada multiple device. Kalau perlu perangkap habuk, maybe boleh guna purifier dan diffuser YL. Diffuser pun ada mengeluarkan wap air yang boleh membantu kelembapan udara. 

Kalau nak diffuser Young Living, boleh hubungi saya di bit.ly/GetOiling


No comments:

Post a Comment

Spot Promo Oktober 2024