Musim demam campak kot sekarang, 4 dari 5 anak-anak saya kena demam campak. Yang remaja agak teruk. Yang kecil-kecil manja la plak.
Berikut essential oil yang saya guna untuk untuk kawal simptom campak. Kalau rasa teruk nau keadaan anak korang, bawa klinik la ya.
Mula-mula saya gunakan Lavender eo dan bedak sejuk. Bancuh bedak sejuk tu dalam piring, kemudian titiskan 5 ke 10 drop Lavender dalam bedak sejuk. Kacau-kacau dan sapu ke badan. Bedak sejuk tu membantu menyerap cairan campak tu, so takde la melekat ke kulit dan baju, nanti gatal. Bedak sejuk tu juga membantu menyejukkan badan.
Kemudian, bedak sejuk habis, saya malas beli baru, saya buat spray aje. Kali ni dengan Helichrysum. Helichrysum ni, property memperbaiki kulit dan melancarkan darah adalah superb. Lavender dah memadai, tapi Helichrysum ni super level up la. Saya bancuh 5 drop dalam botol spray kecil, dan spray ke badan. Nak buh banyak drop, sayang hehe. Mahal si Heli ni.
Selepas application pertama, yang gelembung2 ada air, jadi kering begini.
Untuk pesanan, sila klik icon kedai di side bar
No comments:
Post a Comment